Nokia Malaysia Mengumumkan Nokia E6 Dan X7

Nokia Malaysia Mengumumkan Nokia E6 Dan X7

Diterbitkan pada Mei 27, 2011 oleh .

Nokia hari ini telah pun mengumumkan yang mereka bakal menawarkan peranti Symbian Anna di Malaysia bermula bulan Jun ini, iaitu Nokia E6. Ianya akan mula dijual diseluruh negara pada harga RM1,155, dan masih tidak diketahui samaada sebarang syarikat telekomunikasi akan menawarkannya bersama ataupun tidak.

Nokia Malaysia telah pun memulakan pendaftaran minat untuk Nokia E6, membolehkan anda mendaftarkan diri terlebih dahulu dan mendapatkannya sebaik sahaja mula dijual. Nokia E6 didatangkan dengan papan kekunci QWERTy, Symbian Anna, dan skrin seluas 2.46-inch, sokongan GPS, dan juga kamera 8-megapixel untuk rakaman gambar dan video.


Nokia E6 [via]

Selain daripada Nokia E6, Nokia Malaysia juga turut sama telah mengumumkan peranti Nokia X7 yang didatangkan bersama-sama dengan skrin 4-inch AMOLED yang mana bakal dijual di Malaysia bermula bulan Julai kelak. Harganya masih belum diumumkan, tetapi dijangka akan berharga dibawah RM1550 kelak.


Nokia X7[via]


TIPS & ULASAN