Cari @ Amanz

Antaramuka Aplikasi Undies.my Pada iOS Diperlihatkan

Oleh Aman

Link Copied!

Nampaknya kini aplikasi Undies.my telah pun dalam ujian dalaman, dimana hari ini, pembangunnya telah pun memperlihatkan antaramuka untuk aplikasi itu melalui salah satu tweet mereka. Selain daripada aplikasi Undies.my untuk iOS, aplikasi Android juga dijangka akan diperkenalkan oleh mereka kelak.

Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih lagi tidak diketahui buat masa ini. Melalui aplikasi Undies.my, ianya turut memperlihatkan yang mana ianya kelak akan mengintegrasikan sokongan geolokasi, serta akan mempunyai sebuah halaman khas untuk rakan-rakan, dan juga halaman profail pengguna.

Sebelum ini, antaramuka laman Undies.my untuk web telah pun diperlihatkan, dan ianya kelihatan mungkin kita akan dapat melihatnya beroperasi tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikannya.


Komen ()