TM Kini Mempunyai Lebih 100,000 Pelanggan UniFi

TM Kini Mempunyai Lebih 100,000 Pelanggan UniFi

Diterbitkan pada Mei 28, 2011 oleh .

Nampaknya, kini TM telah pun menerima lebih 100,000 pendaftaran untuk perkhidmatan jalur-lebar mereka, UniFi, sekaligus memperlihatkan peningkatan permintaan untuk perkhimdatan internet berkelajuan tinggi itu di Malaysia. Selain daripada TM, Maxis, VDT Berhad dan juga TIMEdotcom turut sama menyediakan perkhidmatan seumpamanya.

Sehingga kini, lebih 86,000 akaun UniFi telah diaktifkan dan sedang digunakan buat masa ini, selain mana pada masa yang sama TM menerima pendaftaran untuk akaun UniFi. Ianya juga diperkatakan yang mana ianya mengambil masa sehingga lebih kurang 2 bulan untuk sesuatu akaun UniFi itu diaktifkan penggunaannya.

TM sebelum ini telah memperkenalkan perkhidmatan internet jalur-lebar berkelajuan tinggi ini oada 24 Mac 2010, dimana sehingga kini lebih 855,000 premis telah menyokongnya. TM pada masa yang sama menyasarkan untuk meliputi lebih 1.3 juta premis menjelang penghujung tahun 2012 kelak.


TIPS & ULASAN