Cari @ Amanz

Kini ianya dilaporkan yang mana Microsoft sudah pun menghampiri fasa terakhir pembangunan Windows 8 Milestone 3, dimana ianya diperkatakan pembangunan Milestone 3 akan ditamatkan pada penghujung bulan Mei kelak, dan seterusnya pembangunan Windows 8 Beta akan dimulakan.

Walaubagaimanapun, ianya masih lagi diperingkat ura-ura, namun ianya memberikan idea awal yang mana Microsoft sudah pun menghampiri pembangunan Windows 8 Beta tidak lama lagi. Sebelum ini, ianya diperkatakan yang mana Microsoft akan melepaskan Windows 8 Beta kepada para pengguna pada tahun ini, mungkin seawal Oktober kelak pada acara PDC.

Pada masa yang sama, ianya turut sama diperkatakan yang mana Microsoft mungkin akan memperlihatkan antaramuka Windows 8 untuk tablet pada minggu hadapan. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd