Cari @ Amanz

Selamat Ulang-Tahun Ke-8, WordPress

Oleh Aman

Link Copied!

Kini, WordPress telah pun beroperasi selama lebih 8 tahun, dimana kini pelbagai laman-laman terkemuka menggunakan WordPress sebagai platform penulisan mereka, selain pihak Automattic sendiri menyediakan perkhidmatan hos blog percuma melalui domain WordPress.com.


Versi Terawal WordPress

WordPress kini telah pun menghampiri versi 3.2 yang bakal dilepaskan tidak lama lagi, selain WordPress.com yang sering membawakan pelbagai fungsi menarik. Sehingga kini, terdapat lebih daripada 20 juta blog berdaftar pada WordPress.com, serta pengguna WordPress yang dipasang sendiri melangkaui angka 25 juta pemasangan.

Perkara ini sekaligus menjadikan keseluruhan laman yang dijana menggunakan WordPress mencapai lebih daripada 45 juta laman seluruh dunia. Dalam bulan-bulan akan datang, semestinya angka ini akan terus meningkat, selain pelbagai fungsi-fungsi baru dijangka akan terus diperkenalkan pada WordPress dari semasa ke semasa.

At more than 20 million WordPress.com blogs, that puts WordPress at north of 45 million sites. Wowza. Happy birthday indeed.less than a minute ago via web Favorite Retweet Reply


Komen ()