Selain daripada Firefox 7 yang telah pun dimulakan pembangunannya, Firefox 6 pula telah pun memasuki versi Firefox Aurora, yang mana membawakan beberapa fungsi baru padanya dimana ianya memberikan lebih kawalan kepada para pengguna dan pembangun pada pelayar web, selain pada masa yang sama meningkatkan prestasi keseluruhannya.
Salah satu perkara baru adalah tetingkap pengurusan data, dimana ianya merupakan salah satu fungsi eksperimental, memberikan pengguna lebih kawalan kepada pelayaran pengguna, dimana anda boleh mengawal data pelayaran, kata laluan, informasi lokasi dan banyak lagi.
Selain daripada itu, ianya turut membawakan pelbagai sokongan baru untuk HTML5, dan beberapa sokongan baru untuk para pembangun. Sekiranya anda telah sedia memasang Firefox Aurora, anda akan menerima kemaskini automatik, ataupun mengemaskini secara manual melalui menu About Aurora.