Cari @ Amanz

Nampaknya, selain daripada beberapa aplikasi mudah-alih yang disediakan oleh Facebook, mereka juga mungkin tidak lama lagi akan memperkenalkan aplikasi desktop untuk para pengguna Mac dan juga Windows. Untuk menjayakannya, Facebook telah pun mula mencari para pembangun untuk menyertai mereka.

Melalui penerangan ringkas yang diperlihatkan oleh Facebook, mereka mengatakan yang mana mereka akan mulakan pembangunan produk baru mereka, yang mana akan membawakan pengalaman yang lebih sosial pada penggunaan komputer mereka.

Buat masa ini, info berkaitan dengannya masih lagi tidak diketahui sepenuhnya, tetapi mungkin kita akan dapat melihat sesuatu yang menarik untuk para pengguna Mac dan juga Windows tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd