Nampaknya HTC Malaysia tidak lama lagi mungkin akan memperkenalkan dan melancarkan peranti HTC Cha Cha dan juga HTC Salsa di Malaysia. Ianya tidak diketahui bilakah mereka akan melancarkannya, tetapi mereka sudah pun mula memberikan beberapa tips, memperlihatkan ianya akan tiba tidak lama lagi.
Kedua-dua HTC Cha Cha dan juga HTC Salsa membawakan Android 2.3 yang mana ianya diintegrasikan bersama-sama dengan Facebook, membolehkan pengguna mengemaskini status dan membuat pelbagai perkara lain dengan pantas melalui butang khas yang disediakan padanya.
Buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui bilakah ianya akan dilancarkan. Walaubagaimanapun, ianya dijangka yang mana kedua-dua peranti ini mungkin akan diperkenalkan bersama-sama dengan pakej khas daripada Maxis.