Peguam Samsung Ingin Melihat iPhone 5 dan iPad 3

Peguam Samsung Ingin Melihat iPhone 5 dan iPad 3

Diterbitkan pada Mei 29, 2011 oleh .

Mungkin semua sudah sedia maklum yang mana Apple dan Samsung kini sedang melalui pembicaraan di mahkamah, berkenaan Apple menuduh Samsung meniru produk dan cara pembungkusan mereka. Dan menariknya, dalam salah satu proses, kini Samsung meminta Apple untuk memperlihatkan iPhone 5 dan juga iPad 3.

Melalui suatu permintaan, Samsung meminta Apple untuk memperlihatkan iPhone 5 dan iPad 3 kepada peguam Samsung, supaya mengelakkan pelbagai masalah dan saman pada masa hadapan diantara kedua-dua syarikat IT terkemuka itu, memandangkan ianya diperkatakan yang mana Samsung Droid Charge dan juga Galaxy Tab mungkin akan dilepaskan pada waktu yang lebih kurang sama.

Walaubagaimanapun, permintaan ini mungkin akan ditolak oleh mahkamah memandangkan Samsung telah pun mengumumkan dan memperlihatkan produk mereka, manakala Apple masih lagi belum mengumumkan produk mereka itu. Namun begitu, sama-sama kita nantikan apakah keputusan yang akan diumumkan oleh mahkamah.


TIPS & ULASAN