Bilangan Aplikasi Windows Phone Melangkaui Angka 20,000

Bilangan Aplikasi Windows Phone Melangkaui Angka 20,000

Diterbitkan pada Mei 29, 2011 oleh .

Selain daripada Apple AppStore dan juga Android Market, kini Marketplace daripada Microsoft untuk para pengguna Windows Phone juga terus maju. dimana hari ini, bilangan aplikasi berbayar dan percuma yang terdapat pada Marketplace telah pun melangkaui angka 20,000.

Untuk mencapai angka 20,000 aplikasi ini, ianya mengambil Microsoft lebih kurang 219 hari, yang mana lebih pantas daripada apa yang diambil oleh Android, iaitu selama 419 hari, dan hanya berbeza dengan Apple yang mengambil masa 215 hari untuk mencapai 20,000 aplikasi.

Microsoft juga dijangka akan memperkenalkan kemaskini Windows Phone 7.1 Mango pada penghujung tahun ini, dimana mungkin kita akan dapat melihat perkembangan bilangan aplikasi yang lebih pantas selepas Mango diperkenalkan kelak.


TIPS & ULASAN