Carian
Antaramuka Windows 7 Mesra Tablet Diperlihatkan Seorang Pembangun
May 30, 2011 Aman

Salah satu sebab mengapa Windows tidak digunakan secara meluas pada tablet adalah kerana antaramukanya yang tidak menarik dan tidak bersesuaian untuk skrin sentuh. Menariknya, kini untuk mengatasi perkara tersebut, salah seorang pembangun telah membangunkan antaramuka baru untuk Windows, yang mana menjadikannya mesra skrin sentuh terutamanya tablet.

Melalui antaramuka baru Windows 7 yang dioptimasikan untuk tablet, ianya membawakan panel kawalan yang lebih menarik dan lebih tersusun, sokongan widget yang lebih ringkas pada desktop, susunan ikon mengikut kategori yang lebih kemas dan banyak lagi.

Selain daripada itu, sekiranya anda merupakan salah seorang pengguna tablet Windows 7, anda juga boleh mengubah antaramukanya menjadi sama seperti yang diperlihatkan dengan pelbagai aplikasi yang disediakan oleh pembangun tersebut secara percuma kepada semua.

Pada masa yang sama, pada minggu ini juga, Microsoft dijangka akan memperlihatkan antaramuka Windows 8 yang dioptimasikan untuk tablet. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.

Komen