DOCOMO Menguji Terjemaahan Suara Masa-Nyata

DOCOMO Menguji Terjemaahan Suara Masa-Nyata

Diterbitkan pada Mei 30, 2011 oleh .

Selain daripada Google yang sedang membangunkan perkhidmatan Google Translate mereka untuk membuat terjemaahan suara masa-nyata, nampaknya kini Docomo turut sama sedang membangunkan fungsi yang serupa, membolehkan dua rakan bersembang melalui telefon menggunakan bahasa yang berbeza, dan ianya diterjemaahkan sepantas yang mungkin.

Menurut Docomo, melalui teknologi yang dihasilkan oleh mereka itu, ianya mengubah suara kepada teks, dan kemudian menterjemaahkannya, sebelum mengubahnya kembali kepada bentuk suara. Dengan ini, para pengguna boleh bersembang dengan sesiapa pun, walaupun tidak mengetahui sesuatu bahasa itu.

Mungkin tidak lama lagi, bahasa tidak lagi akan menjadi halangan untuk kita berhubung. Sama-sama kita nantikan perkembangannya dari semasa ke semasa.


TIPS & ULASAN