Seperti dimaklumkan sebelum ini, aplikasi TableFour.us dijangka bakal dilancarkan sekitar penghujung bulan Jun ini. Buat masa ini, fungsinya masih lagi samar-samar, akan tetapi kini para pembangunnya memperlihatkan sedikit antaramuka aplikasi tersebut yang sedang dibangunkan lagi oleh mereka.
Melaluinya, ianya dijangka akan mencadangkan tempat-tempat makan menarik dan juga makanan yang ditawarkan oleh sesuatu restoran itu. Namun perkara ini tidak dapat disahkan lagi buat masa ini. Buat masa ini, TableFour.us juga turut memperkatakan yang mana mereka telah mendapat lebih kurang 5 klien untuk aplikasi mereka.
Selain daripada itu, melalui antaramuka yang diperlihatkan mereka, salah satunya memperlihatkan yang mana mungkin anda boleh membuat tempahan meja untuk anda dan rakan-rakan anda terus melalui aplikasi tersebut. Mungkin juga anda boleh membuat tempahan makanan dan meja melaluinya, dimana anda hanya perlu hadirkan diri, dan makan dengan tenang, tanpa perlu risau sebarang kelewatan dan sebagainya.
Namun begitu, perkara ini masih lagi belum disahkan buat masa ini, apatah lagi ianya masih lagi dalam pembangunan dan pelbagai perkara yang mungkin berubah dari semasa ke semasa.