ASUS Memperkenalkan Gabungan Dua Peranti – Padfone

ASUS Memperkenalkan Gabungan Dua Peranti – Padfone

Diterbitkan pada Mei 30, 2011 oleh .

Setelah beberapa gambar diperlihatkan sebelum ini, hari ini ASUS secara rasminya telah pun melancarkan Padfone mereka, yang mana membawakan gabungan dua peranti yang meningkat popular pada masa sekarang ini, iaitu telefon pintar dan juga tablet.

Ianya diperkatakan menyelesaikan masalah langganan data dan juga masalah kad-SIM, dimana anda boleh menggunakan kedua-dua peranti ini dengan satu perkhidmatan sahaja. Dengan Padfone, ianya secara ringkas memperbesarkan lagi pandangan skrin telefon pintar anda apabila anda memasukkannya ke dalam tablet yang didatangkan padanya.

Antaramuka pada tablet juga disesuaikan dan dioptimasikan mengikut penggunaan, termasuk untuk melayari laman web, menonton video, membuat panggilan video dan sebagainya.

Buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui bilakah ianya akan tiba di Malaysia. Mungkin ianya akan diperkenalkan dalam masa beberapa bulan lagi. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN