Cari @ Amanz

Belum pun kemaskini Mango untuk Windows Phone dilepaskan, kini beberapa informasi berkaitan versi Windows Phone seterusnya telah pun mula kedengaran. Ianya diperkatakan yang mana seterusnya, Windows Phone 8 akan menggunakan nama kod Apollo, dan dijangka akan dilepaskan pada tahun 2012 kelak.

Ianya juga diperkatakan yang mana melalui Windows Phone 8, ianya akan diintegrasikan bersama-sama dengan Windows 8 dengan lebih menyeluruh lagi. Buat masa ini, informasi mengenainya masih lagi tidak diketahui, memandangkan ianya mungkin masih lagi dalam proses perancangan.

Mungkin lebih banyak informasi akan mula diketahui sebaik sahaja Windows Phone Mango dilepaskan kepada umum. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd