Cari @ Amanz

Salah satu perkara yang menghantui para pengguna telefon pintar adalah jangka hayat baterinya, dan menariknya Microsoft kini memberikan perhatian serius untuknya, dan melalui kemaskini Windows Phone Mango kelak, ianya akan membawakan salah satu fungsi baru yang dipanggil Battery Saver.

Dengan mengaktifkan fungsi tersebut, peranti Windows Phone anda akan menghentikan pelbagai aplikasi dan menjimatkan bateri sepenuhnya. Dengan mengaktifkan fungsi Battery Saver melalui halaman tetapan, ianya akan menghentikan fungsi emel, aplikasi yang berjalan pada latar belakang, rangkaian WiFi dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, para pengguna masih boleh mengaktifkannya secara manual. Fungsi ini diperkatakan akan boleh digunakan apabila bateri perantian anda mencapai tahap yang rendah, dan Windows Phone akan secara automatik mematikan fungsi ini apabila peranti anda telah dicaj.

Windows Phone Mango dijangka akan diperkenalkan kepada para pengguna pada penghujung tahun ini, dijangka akan membawakan lebih 500 fungsi baru yang menarik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd