Kini, ianya diperkatakan yang mana Twitter dalam persiapan fasa terakhir, dimana mereka bakal memperkenalkan perkhidmatan perkongsian gambar mereka tersendiri, sekaligus akan bersaing dengan beberapa penyedia perkongsian gambar sedia ada, termasuk TwitPic, dan juga YFrogs yang kini popular digunakan.
Sekiranya perkara ini benar, semestinya dalam kemaskini aplikasi Twitter yang akan datang, sokongan perkongsian gambar melalui platform mereka akan diaktifkan sekaligus memberikan impak yang besar kepada beberapa penyedia sedia ada.
Buat masa ini, informasi berkaitan dengannya masih lagi samar-samar, dan ianya diperkatakan yang mana Twitter mungkin akan mengumumkannya seawal minggu ini. Sama-sama kita nantikannya.