Hari Terakhir Membuat Salinan Data Friendster Sebelum Ianya Dipadam

Hari Terakhir Membuat Salinan Data Friendster Sebelum Ianya Dipadam

Diterbitkan pada Mei 31, 2011 oleh .

Seperti dimaklumkan sebelum ini, Friendster dalam proses menjenamakan semula laman sosial mereka, dan salah satu langkah utamanya adalah dimana mereka akan memadam beberapa data yang terdapat pada halaman mereka, termasuk gambar, data profail, blog, mesej dan sebagainya, dan hari ini merupakan hari terakhir untuk membuat salinan data tersebut.

Untuk membuat salinan data tersebut, pihak Friendster sendiri menyediakan sebuah aplikasi khas, membolehkan anda memuat-turun pelbagai data dengan mudah, kepada cakera keras anda, dimana seterusnya anda boleh menggunakannya pada beberapa laman pihak ketiga, termasuk Flickr, Multiply dan sebagainya.

Friendster diperkatakan selepas ini akan memperkenalkan halaman baru mereka yang mana lebih ditujukan kepada permainan, dan halaman baru tersebut dijangka akan mengintegrasikan sokongan Facebook Connect padanya.

Kemaskini : Ianya dilihat yang mana Friendster telah menambah masa sebulan lagi, dimana aplikasi mengeksport data Friendster akan aktif sehingga 27 Jun.


TIPS & ULASAN