Aplikasi Eksport Data Friendster Akan Aktif Sehingga 27 Jun

Aplikasi Eksport Data Friendster Akan Aktif Sehingga 27 Jun

Diterbitkan pada Mei 31, 2011 oleh .

Nampaknya pihak Friendster telah menyediakan sedikit masa tambahan lagi untuk para pengguna memuat-turun data daripada Friendster, dimana kini mereka telah mengumumkan yang mana aplikasi untuk eksport data daripada Friendster akan boleh diakses untuk satu bulan lagi, iaitu sehingga 27 Jun kelak.

Friendster Exporter

Para pengguna boleh memuat-turun kesemua data, termasuk gambar-gambar pada Friendster dengan mudah, dimana ianya disediakan dalam bentuk *zip dan hantar ke emel pengguna secara terus.

Dengan penambahan masa ini, ianya masih lagi tidak dapat dipastikan samaada halaman Friendster akan dapat diakses selepas hari ini ataupun hanya sekadar boleh membuat salinan data sahaja. Friendster dijangka akan memperkenalkan halaman baru mereka yang lebih menjurus kepada permainan sosial tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN