Cari @ Amanz

Seperti sedia maklum, kemaskini Windows Phone Mango kelak akan diintegrasikan dengan lebih mendalam lagi bersama-sama dengan Facebook, dan salah satu fungsi baru yang diperlihatkan oleh Microsoft adalah dimana para pengguna kelak boleh memuat-naik video ke Facebook terus dari peranti Windows Phone mereka.

Para pengguna Windows Phone Mango kelak dilihat akan boleh memuat-naik video yang dirakam terus ke Facebook ataupun kongsi akannya bersama-sama dengan rakan mereka melalui MMS ataupun emel dengan mudah. Ini sekaligus akan membolehkan para pengguna Windows Phone berkongsi rakaman mereka dengan lebih ramai lagi.

Buat masa ini, ianya dilihat yang mana Windows Phone 7 hanya membolehkan para pengguna memadam video sahaja daripada peranti mereka tanpa sebarang pilihan tambahan, dan semestinya pilihan perkongsian ini akan disukai oleh para penggunannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd