Cari @ Amanz

Setelah beberapa versi pembangunan alpha diperkenalkan, kini pihak Opera Software telah pun mengeluarkan versi beta pertama untuk pelayar web generasi akan datang mereka, Opera 11.50. Dengan melepaskan versi beta ini, ianya sekaligus memperlihatkan yang mana Opera Swordfish ini akan dilepaskan kepada umum tidak lama lagi.

Antara perkara baru yang didatangkan bersama-sama dengan Opera 11.50 SwordFish Beta ini adalah termasuk sokongan extensions pada Speed Dial, sokongan penyamaan kata laluan melalui Opera Link, dan juga saluran Opera Next yang membolehkan anda mengikuti pembangunan pelayar web Opera, dan mengujinya dari semasa ke semasa.

Selain daripada itu, Opera 11.50 juga turut sama membawakan enjin Presto yang diperkemaskini, membawakan kepantasan pelayar web yang lebih laju berbanding sebelumnya. Beberapa penambahan HTML5 juga didatangkan bersama-sama dengannya. Para pengguna yang berminat boleh memuat-turun Opera 11.50 Beta ini dan menguji pelbagai fungsi lain yang didatangkan bersama-sama dengannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd