Cari @ Amanz

Seperti mana yang kami katakan sebelum ini, nampaknya HTC mengorak langkah lebih pantas daripada Samsung, dimana kini HTC Sensation sudah pun mula didapati di beberapa pengedar di Malaysia. Telefon pintar dwi-teras ini ditawarkan pada harga RM2299 melalui kedai-kedai di Malaysia, dan mungkin ianya akan menjadi sedikit murah lagi apabila ianya disubsidi oleh syarikat telekomunikasi tempatan.

Buat masa ini, Maxis masih lagi belum mengumumkan sebarang perkara mengenai pelancaran HTC Sensation, dan juga beberapa peranti HTC lain yang akan tiba di Malaysia tidak lama lagi. Mungkin kita boleh nantikan sesuatu daripada Maxis dalam masa beberapa minggu lagi.

HTC Sensation membawakan skrin qHD Super LCD seluas 4.3-inch, cip Snapdragon 1.2GHz dwi-teras, RAM 768MB, storan terbina 1GB, dan kamera 8megapixel dengan kebolehan rakaman HD, serta menggunakan Android 2.3 sebagai sistem operasinya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd