Apple Bakal Mengumumkan Mac OS X, iOS5 Dan iCloud Pada WWDC

Apple Bakal Mengumumkan Mac OS X, iOS5 Dan iCloud Pada WWDC

Diterbitkan pada Mei 31, 2011 oleh .

Apple baru sahaja mengesahkan yang mana pada acara WWDC yang akan diadakan pada Isnin depan nanti, Stve Jobs bakal memperlihatkan beberapa produk terbaru daripada Apple, termasuk iOS 5, Mac OS X Lion dan juga, salah satu perkhidmatan berasaskan perkomputeran awan daripada Apple, iaitu iCloud.

Apple WWDC 2011

Sebelum ini, ianya telah diperkatakan yang mana Apple akan lebih menumpukan WWDC tahun ini kepada perisian dan sistem operasi, dan tidak akan mengumumkan sebarang perkakasan baru seperti tahun-tahun lepas. Namun ianya masih lagi tidak diketahui samaada Apple ingin membuat sebarang kejutan ataupun sebagainya.

Semestinya dengan hari-hari WWDC yang semakin hampir, lebih banyak informasi berkaitan akan kedengaran satu-per-satu. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN