Apple Membawakan iWork Pada iPhone dan iPod Touch

Apple Membawakan iWork Pada iPhone dan iPod Touch

Diterbitkan pada June 1, 2011 oleh .

Hari ini, Apple telah pun mengumumkan pelancaran aplikasi produktiviti popular pada Mac OS X mereka untuk para pengguna iOS, iaitu iPhone, iPod Touch dan juga iPad, dimana kini para pengguna iOS boleh menikmati pelbagai aplikasi, termasuk Keynote, Pages dan Numbers melalui peranti skrin sentuh mereka itu.

Sebelum ini, pihak Apple telah pun memperkenalkannya untuk para pengguna iPad, dan kini ianya terus diperluaskan kepada peranti iOS yang lain, dimana para pengguna boleh membelinya secara berasingan pada harga $9.99 setiap satu. Selain daripada itu, pihak Apple turut memperkenalkan aplikasi Keynote Remote pada harga $0.99 membolehkan pengguna mengawal dokumen Keynote mereka pada Mac OS dengan mudah melalui iPhone ataupun iPod Touch mereka.

Para pengguna yang berminat boleh memuat-turunnya melalui iTunes, dan mengakses dokumen mereka dengan mudah dimana sahaja mereka berada.


TIPS & ULASAN