Twitter Mengambil-Alih Pasukan Disebalik AdGrok

Twitter Mengambil-Alih Pasukan Disebalik AdGrok

Diterbitkan pada June 1, 2011 oleh .

Selepas Twitter membeli TweetDeck tempoh hari, kini Twitter teruskan pembelian mereka, dimana hari ini mereka mengumumkan yang mana mereka telah mengambil-alih salah satu platform pembidaan kata kunci, iaitu AdGrok. Berbanding TweetDeck yang mana Twitter membeli produk dan pembangunnya, pembelian AdGrok ini lebih kepada untuk mendapatkan tenaga mahirnya.

Bermula hari ini, para pembangun AdGrok akan bekerja sepenuh masa untuk Twitter, dan akan membangunkan platform pengiklanan, dan lain-lain yang bakal mendatangkan keuntungan pada Twitter. Mungkin dengan ini juga kita akan dapat melihat salah satu bentuk pendekatan baru daripada Twitter untuk menjana wang melalui platform mereka dan sebagainya.

Sama-sama kita nantikan pelbagai perkembangan Twitter, yang mana turut diperkatakan bakal memperkenalkan sokongan perkongsian gambar mereka tersendiri pada minggu ini.


TIPS & ULASAN