Cari @ Amanz

Jikalau Facebook mempunyai Like Box mereka yang membolehkan para pengguna Like sesuatu halaman daripada sebarang laman web, kini Twitter pula memperkenalkan butang Follow, dimana para pembangun boleh mengintegrasikannya pada halaman web, dan pengguna boleh Follow dengan hanya klik padanya dengan mudah.

Dengan pengenalan ini juga, ianya akan menjadikan seseorang itu untuk mengikuti halaman web atau personaliti kegemaran mereka itu lebih mudah, dan yakin dengan akaun yang diikuti mereka. Pada masa yang sama, mereka-mereka yang Follow melalui laman web diperkatakan berkualiti lebih tinggi, dan akan retweet dan berkomunikasi dengan lebih aktif bersama pemilik akaun Twitter itu.

Bagi para pembangun yang berminat, anda boleh mendapatkan butang Follow ini daripada halaman rasmi Twitter, dan memasangnya pada halaman web anda, sekaligus memudahkan sesiapa sahaja mengikuti anda dengan mudah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd