Selepas ianya diperkatakan yang mana Twitter bakal memperkenalkan perkhidmatan perkongsian gambar mereka sendiri, kini beberapa informasi tambahan baru diketahui, dimananya ianya dilaporkan yang mana melalui iOS5 kelak, Apple akan mengintegrasikan fungsi perkongsian gambar melalui Twitter dengan mudah.
Ianya diperkatakan yang mana Twitter telah memulakan pembangunan aplikasi perkongsian gambar ini sejak daripada bulan Januari yang lepas, dan telah berbincang dengan beberapa syarikat terkemuka, termasuk salah satunya adalah Apple. Seperti sedia maklum, kini para pengguna iOS boleh berkongsi video yang dirakam ke YouTube dengan hanya satu klik sahaja, dan fungsi seumpamanya akan diperkenalkan pada bahagian gambar dengan satu klik untuk hantarnya kepada Twitter.
Buat masa ini, pihak Twitter masih lagi tidak memberikan sebarang komen keatas perkara ini. Namun begitu, ianya dijangka yang mana Twitter bakal memperkenalkannya pada minggu ini. Sama-sama kita nantikannya.