Cari @ Amanz

Microsoft hari ini telah pun mengesahkan yang mana mereka bakal memperlihatkan dan membincangkan mengenai sistem operasi generasi akan datang mereka, Windows 8 pada keesokkan harinya di Computex yang sedang berlangsung di Taiwan pada minggu ini.

Buat masa ini, ianya diperkatakan yang mana mungkin Microsoft bakal memperlihatkan antaramuka tablet bagi Windows 8, dan mungkin ianya akan serba sebanyak memperlihatkan bagaimana Windows 8 akan kelihatan pada desktop kelak. Pada masa yang sama, ianya turut sama diura-urakan yang mana Microsoft mungkin melancarkan beberapa tablet bersama-sama dengan Windows 8 terlebih dahulu sebelum versi desktop dilancarkan secara rasminya kepada umum.

Selain daripada pada Computex, Microsoft juga dijangka bakal memperlihatkan sesuatu yang menarik pada acara D9 yang akan diadakan pada malam ini di US.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd