Carian
Groupon Malaysia Mencapai Sasaran Pengguna 6 Bulan Sebelum Tamat 2011
June 1, 2011 Aman

Sebelum ini, melalui suatu temuramah khas, CEO Groupon Malaysia telah pun memperkatakan yang mana mereka mensasarkan untuk mencapai seramai 300,000 orang pengguna sebelum tamatnya tahun 2011 ini. Namun begitu menariknya, kini dengan masa berbaki lebih kurang 6 bulan lagi, Groupon Malaysia telah pun melangkaui lebih daripada 300,000 orang pengguna.

Dengan tercapainya lebih kurang 300,000 pengguna ini, kini mungkin pihak Groupon Malaysia boleh memfokuskan untuk memperluaskan perkhidmatan mereka kepada lebih 10 bandar utama, seperti yang dirancang sebelum ini, termasuk di Kuching, Kota Kinabalu, Johor Bahru, Ipoh dan Pulau Pinang. Pihak Groupon Malaysia juga kini dalam proses menyiapkan laman web Groupon.my mereka, yang masih lagi tergendala buat masa ini.

Mungkin juga kita akan dapat mendengar sasaran baru pihak Groupon Malaysia tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikannya.

Komen