Cari @ Amanz

Seperti diperkatakan oleh Google ketika acara Google I/O tempoh hari, butang +1 daripada Google dijangka akan diperkenalkan lewat hari ini ataupun pada pagi esok, membolehkan para pembangun web mengintegrasikannya pada halaman web masing-masing sama seperti berfungsinya butang Twitter dan Facebook Like.

Pada masa yang sama, Google juga dijangka akan menyediakan sebuah halaman khas memperlihatkan analitik dan statistik bagi butang +1 yang dipasang, serta memperlihatkan impak carian Google keatas sesuatu halaman itu. Perkara ini juga dijangka akan menjadikan carian pada Google lebih sosial berbanding pada masa kini, dan ianya bukanlah mustahil untuk Google menggunakan data-data +1 untuk menambah-baik lagi hasil carian mereka.

Sama-sama kita nantikan pengumuman Google tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd