Ingatkah anda dengan Jalenas (Jalur Lebar Nasional Sdn Bhd) yang ingin membangun dan menguruskan rangkaian infrastruktur yang membolehkan para pengguna Malaysia menikmati perkhidmatan jalur-lebar yang murah dan berkualtii? Nampaknya, mungkin tidak lama lagi mereka akan melancarkan perkhidmatan mereka itu dibawah nama Omni.
Melalui Omni kelak, Jalenas akan menyediakan sebuah rangkaian infrastruktur fiber-optik yang paling pantas di negara, dan menariknya mereka akan memberikan kebebasan untuk para pengguna sendiri memilih penyedia rangkaian mereka. Jadi mungkin kelak melalui Omni ini, para pengguna boleh memilih samaada ingin menggunakan UniFi daripada TM, TIMEdotcom, Maxis Home, Jaring, ataupun lain-lain dengan mudah. Sebagai permulaan, perkhidmatan Omni ini mungkin akan hanya diperkenalkan di Kuantan sahaja.
Buat masa ini, ianya tidak lagi diketahui sepenuhnya berkenaan dengan perkhidmatan ini, dan mungkin kita akan dapat melihatnya dan mengetahui lebih lanjut perkara mengenai ini tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikannya.