Ticket Monster Mengambil-Alih Laman Tawaran Harian Everyday.com.my

Ticket Monster Mengambil-Alih Laman Tawaran Harian Everyday.com.my

Diterbitkan pada June 1, 2011 oleh .

Nampaknya industri laman diskaun dan tawaran harian tempatan akan terus meriah, dimana selepas Groupsmore diambil-alih oleh Groupon, dan MyDeals yang bekerjasama bersama-sama dengan Yahoo! Malaysia, kini laman diskaun harian Everyday.com.my pula dibeli dan diambil-alih oleh syarikat Ticket Monster daripada Korea Selatan.


Antaramuka Laman Everyday.com.my

Harga pembeliannya dirahsiakan dan tidak diumumkan. Ianya diperkatakan yang mana laman Everyday.com.my mempunyai lebih daripada 200,000 senarai pembaca emel sebulan, dan kini menyediakan pelbagai tawaran harian untuk pengguna daripada Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan juga Johor Bahru. Pada masa yang sama, Everyday.com.my turut dijangka akan mengembangkan perkhidmatan mereka ke Ipoh dan Singapura tidak lama lagi.

Dengan pembelian oleh Ticket Monster, mungkin kita akan dapat melihat perkembangan sihat Everyday.com.my tidak lama lagi, selain mana mereka sudah pun memulakan langkah untuk terus memperluaskan perkhidmatan mereka.

Mungkin pada penghujung tahun ini, kita akan dapat melihat beberapa nama besar dalam menyediakan tawaran harian di Malaysia, dengan beberapa laman mula mengundurkan diri daripada perlawanan ini.


TIPS & ULASAN