Cari @ Amanz

Setelah sekian lama dinantikan, akhirnya kini video webOS pada tablet mula kelihatan melalui peranti HP TouchPad mereka. Secara ringkasnya, melalui video yang diperlihatkan ianya kelihatan menarik sekali dengan masa respon yang amat pantas, dan penggunaan yang lancar tanpa sebarang gangguan.

Seperti pada peranti telefon pintar mereka, webOS turut sama membawakan sokongan multi-task yang menarik melalui tablet mereka juga. Selain daripada itu, salah satu aplikasi menarik yang didatangkan sama adalah HP Synergy, yang mana menyertakan segala senarai hubungan, daripada emel, rangkaian sosial dan sebagainya pada satu aplikasi ringkas, sekaligus memudahkan anda berhubung.

Mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak informasi berkaitan dengan webOS untuk tablet ini bersama-sama dengan pelbagai fungsi baru pada pengumuman HP TouchPad pada 12 Jun kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd