Nampaknya, Windows 8 bukan sahaja akan membawa perubahan dari segi antaramuka dan fungsi-fungsi baru, tetapi juga akan memperkenalkan sistem fail yang serba baru padanya, dipanggil sebagai Protogon. Ianya diperkatakan yang mana sistem fail Protogon ini akan mengantikan sistem NTFS yang digunakan sekarang pada Windows.
Ianya tidak diketahui samaada ianya sekadar ujian sahaja ataupun bagaimana. Melalui Protogon ini, ianya diperkatakan akan menggunakan konsep seumpama database, sekaligus menjadikan pencarian data dan perkongsian data antara aplikasi. Maklumat lanjut mengenainya masih samar-samar buat masa ini.
Windows 8 dijangka akan dilancarkan pada tahun 2012, membawakan pelbagai perkara baru, termasuk sokongan untuk tablet. Microsoft juga dijangka akan membuat pengumuman berkaitan dengan Windows 8 pada suatu acara khas pagi esok.