Mungkin semua kenali pasaraya terkemuka daripada UK, iaitu Tesco, yang boleh diperkatakan telah menapak dengan kukuh di Malaysia. Menariknya, kini ianya diperkatakan yang mana Tesco bakal melancarkan perkhidmatan talian mudah-alih mereka di Malaysia tidak lama lagi, dengan nama Tesco Mobile.
Ianya diperkatakan yang mana Tesco Mobile kelak akan menggunakan rangkaian Maxis untuk beroperasi dan dijangkakan yang mana Tesco Mobile ini kelak akan dilancarkan di Malaysia sekitar penghujung tahun ini.
Buat masa ini, Tesco Mobile beroperasi di tiga buah negara, dan mungkin Malaysia akan menjadi negara keempat yang mendapat perkhidmatan rangkaian mudah-alih daripada Tesco Mobile ini. Sama-sama kita nantikannya.