Twitter Mengumumkan Perkhidmatan Perkongsian Gambar Rasmi

Twitter Mengumumkan Perkhidmatan Perkongsian Gambar Rasmi

Diterbitkan pada June 2, 2011 oleh .

Seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, kini pihak Twitter sendiri mengesahkan yang mana mereka akan membuat sedikit perubahan pada halaman dan perkhidmatan mereka, membolehkan para pengguna berkongsi gambar dan imej dengan mudah terus melalui Twitter.

Twitter mengatakan yang mana perkhidmatan ini akan dilancarkan dengan kerjasama pihak Photobucket, dimana para pengguna kelak boleh memuat-naik gambar terus daripada halaman web Twitter.com dengan mudah. Fungsi serupa sudah pun terdapat pada aplikasi mudah-alih, namun mungkin sedikit perubahan padanya akan diperkenalkan tidak lama lagi, menggunakan perkhidmatan rasmi daripada Twitter.

Pada masa yang sama, Twitter juga kini dalam perbincangan bersama-sama syarikat telekomunikasi diseluruh dunia, dimana para pengguna juga kelak akan boleh memuat-naik gambar ke halaman Twitter terus melalui MMS dengan pantas dan mudah.

Ianya diperkatakan yang mana Twitter akan memperkenalkan kemaskini ini dalam masa beberapa minggu lagi.


TIPS & ULASAN