Cari @ Amanz

Selain daripada butang Facebook Like dan Tweet daripada Twitter, kini Google seperti dinantikan telah pun melancarkan butang +1 mereka tersendiri, membolehkan para pembangun web dan juga blog menyertakan butang tersebut pada halaman web masing-masing dan berkongsi bersama rakan-rakan yang lain dengan mudah.

Sebelum ini, Google telah memperkenalkan butang +1 pada carian Google, membolehkan para pengguna +1-akan carian-carian pada Google, dan memberikan impak yang lebih tinggi kepada carian sosial. Dan kini, dengan pengenalannya secara rasmi, ianya membolehkan sesiapa sahaja menyertakannya pada halaman web masing-masing.

Bersama-sama dengan pelancarannya, ianya turut sama diintegrasikan pada laman Blogger, YouTube dan juga Android Market. Bagi para pengguna dan pembangun yang berminat, mereka boleh mendapatkan kod daripada Google, dan memasangnya pada laman masing-masing dengan mudah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd