Cari @ Amanz

Maxis Mulakan Pendaftaran Minat Untuk Galaxy S2

Oleh Aman

Link Copied!

Nampaknya, Maxis kelak akan menawarkan Samsung Galaxy S2, dimana kini mereka telah pun mulakan pendaftaran minat untuk peranti yang dinantikan ramai itu. Buat masa ini, harganya tidak diketahui lagi, namun dijangka akan ditawarkan pada harga kurang RM2000 daripada Maxis.

Secara ringkasnya, telefon dwi-teras Android daripada Samsung ini membawakan skrin seluas 4.3-inch dengan skrin Super AMOLED Plus, kamera 8-megapixel, dan juga sokongan rakaman video HD penuh.

Walaupun Maxis tidak mengumumkan tarikh pelancaran rasminya, ianya dijangka yang mana ianya bakal dilancarkan pada pertengahan bulan ini, pada harga pasaran lebih kurang RM2099. Selain daripada Samsung, HTC juga dijangka bakal melancarkan peranti dwi-teras mereka tidak lama lagi.


Komen ()