Cari @ Amanz

FeedGeorge Kini Memperlihatkan Data Dari Groupon Malaysia

Oleh Aman

Link Copied!

Setelah mengintegrasikan data daripada OfficeKami, kini ianya dilihat yang mana FeedGeorge, salah satu laman yang mengutamakan konsep geolokasi mula mengintegrasikan data-data daripada Groupon Malaysia pada satu tab baru yang mana dinamakan sebagai Deals.

Melalui laman FeedGeorge, sekiranya kini pengguna memilih untuk memperlihatkan Deals, segala tawaran harian daripada Groupon Malaysia akan diperlihatkan pada petanya. Mungkin juga FeedGeorge kelak akan mengintegrasikan data-data daripada laman-laman tawaran harian yang lain tidak lama lagi.

Sebelum ini, pihak FeedGeorge telah mengumumkan kerjasama bersama-sama dengan OfficeKami, selain mana baru-baru ini telah memperkenalkan plugin WordPress khas, membolehkan pengguna WordPress tag artikel mereka dengan data geolokasi, dan disertakan pada laman FeedGeorge.


Komen ()