Twitter Memperkenalkan Add-On Rasmi Untuk Firefox

Twitter Memperkenalkan Add-On Rasmi Untuk Firefox

Diterbitkan pada June 2, 2011 oleh .

Bersama-sama dengan pengumuman berkaitan fungsi muat-naik gambar rasmi, dan juga fungsi carian yang diperkemaskini, pihak Twitter juga turut sama memperkenalkan sebuah add-on khas untuk para pengguna Firefox, membawakan pelbagai sokongan baru pada pelayar web sumber terbuka popular itu.

Melalui add-on tersebut, ianya membawakan beberapa penambahan pada bar alamat di Firefox, dimana dengan mengaktifkan add-on Twitter rasmi itu, para pengguna boleh melakukan carian #hashtag dan juga melihat akaun rakan-rakan dengan terus memasukkan @namapengguna mereka terus padanya, tanpa perlu ke halaman Twitter seperti sebelumnya.

Selain daripada itu, carian Twitter juga ditambah bersama-sama beberapa nama lain, termasuk Google dan juga Bing.

Bagi para pengguna Firefox sedia ada, anda boleh memuat-turun add-on khas untuk para pengguna Windows, Mac OS X, Linux dan Android, manakala bagi para pengguna yang tidak menggunakan Firefox, mereka boleh memuat-turun versi Firefox bersama Twitter khas dan menggunakannya hari ini.


TIPS & ULASAN