Nampaknya, setelah kejayaan produk utama mereka, JomSocial, kini mereka mula memvariasi akan produk-produk dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh mereka. Kini, mereka dalam ujian untuk memperkenalkan JomSocial Pro+, dan dilihat sedang mencari beberapa pembangun untuk menguji aplikasi mereka itu.
Secara ringkasnya, JomSocial Pro+ mengintegrasikan Joomla 1.6 dan juga plugin JomSocial, sekaligus menjadikan keperluan pengetahuan mengenai JomSocial tidak sebegitu penting seperti sebelumnya, dimana anda perlu lakukannya secara manual.
Buat masa ini, informasi berkaitan JomSocial Pro+ masih lagi samar-samar, dan kami akan mengemaskininya sebaik sahaja info lanjut diperolehi. Sementara itu, sekiranya anda berminat untuk menguji JomSocial Pro+, anda boleh mendapatkannya dengan mengisi sebuah borang ringkas. Berkemungkinan besar, kita akan dapat melihat pelancarannya pada Joomla Malaysia Day kelak. Sama-sama kita nantikannya.