MOL Mengambil-Alih LoadCentral Di Filipina

MOL Mengambil-Alih LoadCentral Di Filipina

Diterbitkan pada June 2, 2011 oleh .

Setelah membeli Friendster pada penghujung tahun 2009, kini MOL sekali lagi memperlihatkan yang mana mereka dalam proses memperluaskan perniagaan mereka, dimana kini MOL telah pun mengambil-alih syarikat platform pembayaran pra-bayar terkemuka di Filipina, iaitu LoadCentral.

Dengan pembelian LoadCentral, kini MOL mempunyai salah satu platform untuk mengedarkan produk-produk keluaran mereka di Filipina, sekaligus kini menjadi syarikat terbesar menyediakan platform pembayaran pra-bayar di Filipina.

MOL juga bakal memperkenalkan Friendster baru yang lebih menumpukan kepada permainan, dan mungkin dengan adanya LoadCentral kini mereka boleh dengan lebih mudah menawarkan produk mereka kepada para pengguna Filipina, yang merupakan antara pengguna aktif Friendster akhir-akhir ini.


TIPS & ULASAN