Walaupun pembangunan Chrome 13 belum mencapai fasa stabil, versi seterusnya sudah pun mula dibangunkan dimana para pengguna sudah boleh menguji versi pembangunan pelayar web Chromium generasi seterusnya, iaitu Chromium 14.
Buat masa ini, fungsi-fungsi baru padanya masih lagi tidak diketahui sepenuhnya. Namun begitu, salah satu fungsi yang diperkenalkan adalah sokongan API Page Visibility, yang mana membolehkan para pembangun mengawal aplikasi mereka sepenuhnya, samaada ketika digunakan ataupun sebaliknya.
Selain daripada itu, fungsi-fungsi lain masih lagi samar-samar, dan mungkin dengan ini kita akan dapat melihat Chrome 13 Beta dilepaskan oleh Google kepada semua pengguna tidak lama lagi.