Twitter Kini Turut Sama Digunakan Sebagai Medium Penghukuman

Twitter Kini Turut Sama Digunakan Sebagai Medium Penghukuman

Diterbitkan pada June 2, 2011 oleh .

Hari ini, buat pertama kali dalam sejarah, salah seorang aktivis sosial tempatan, Fahmi Fadzil diminta untuk meminta maaf melalui Twitter sebanyak lebih kurang 100 kali dalam masa tiga hari ini. Perkara ini sekaligus menjadikannya pertama kali seseorang dihukum melalui Twitter di Malaysia.

Sebelum ini, pada bulan Januari yang lepas, Fahmi diperkatakan telah tweet akan yang mana isteri kepada rakannya yang sedang mengandung tidak dilayan dengan sebaiknya oleh majikannya di salah satu syarikat majalah milik BluInc Media. Walaubagaimanapun, perkara ini dikatakan sebagai fitnah, dan ianya dikatakan yang mana Fahmi kemudiannya selepas beberapa jam telah memohon maaf melalui Twitter kepada pihak BluInc, namun peguam syarikat tersebut telah menghantar surat meminta beliau meminta maaf melalui media utama, selain pembayaran yang tidak diketahui jumlahnya.

Namun begitu, setelah beberapa perbincangan, Fahmi bersetuju untuk meminta maaf lebih kurang 100 kali sepanjang tiga hari melalui Twitter. Sehingga artikel ini ditulis, beliau telah tweet sebanyak 22 kali permohonan maaf beliau kepada BluInc Media. Berikut adalah tweet beliau meminta maaf kepada BluInc Media

Pada masa yang sama, ianya turut sama telah menjadi salah satu perdebatan di laman Twitter.


TIPS & ULASAN