Cari @ Amanz

Sudahkah anda mengubah tetapan akaun anda menggunakan HTTPS? Kini, setelah Firesheep, sebuah aplikasi khas diperkenalkan untuk para pengguna Android, dikenali sebagai FaceNiff, membolehkan para pengguna mendapatkan akses ke akaun-akaun yang dilog masuk menggunakan rangkaian WiFi yang sama.

Ianya diperkatakan yang mana aplikasi ini menyokong perkhidmatan Facebook, Twitter, YouTube, dan Amazon, membolehkan anda mendapatkan akses ke akaun pengguna lain yang mengakses perkhidmatan tersebut sekiranya mereka menggunakan rangkaian WiFi serupa dengan pengguna Android tersebut.

Walaubagaimanapun, sekiranya pengguna mengaktifkan penggunaan SSL ataupun lebih dikenali sebagai HTTPS dikalangan pengguna, aplikasi ini tidak akan berjaya. Pada masa yang sama, pengguna juga boleh mengaktifkan hotspot sheild ketika menggunakan rangkaian WiFi umum dimana-mana.

Dan hendaklah diambil perhatian yang mana ianya dibangunkan untuk tujuan pendidikan sahaja, dan diharap agar tidak disalah guna oleh semua pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd