Cari @ Amanz

Dengan acara Apple yang ditunggu-tunggu, iaitu WWDC 2011, kini Apple sudah pun mula memasang beberapa kain rentang promosi dan sebagainya, sekaligus memperlihatkan salah satu perkara baru, iaitu ikon iCloud yang dinantikan ramai.

Buat masa ini, informasi berkaitan iCloud masih lagi jadi tanda tanya, selain ada yang memperkatakannya sebagai MobileMe yang diberikan nafas baru. Apple sendiri telah menandatangani perjanjian bersama pelbagai syarikat rakaman terkemuka akhir-akhir ini, dan ianya diperkatakan adalah salah satu perkara yang berkait rapat dengan iCloud ini.

WWDC 2011 kelak akan bermula pada hari Isnin akan datang ini, iaitu 6 Jun, dan padanya, Apple dijangka akan membuat pengumuman tiga perkara utama, termasuk, sistem operasi Mac OS X Lion yang dinantikan ramai, iOS 5.0 dan juga iCloud. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd