Cari @ Amanz

Setelah lebih setahun DiGi memperkenalkan perkhidmatan SMS ke Twitter, kini ianya dilihat yang mana pihak DiGi dan Twitter mengumumkan kerjasama rasmi, dimana melalui suatu Tweet khas, kini Twitter mengalu-alukan penyertaan DiGi untuk perkhidmatan Twitter, dimana para pengguna boleh menghantar dan menerima tweet melalui SMS.

Sehingga kini, DiGi hanya membolehkan para pengguna hanya menghantar tweet melalui SMS sahaja, dengan tiada cara untuk para pengguna menerima tweet balasan daripada rakan-rakan mereka ke telefon bimbit mereka. Dengan pengenalan perkhidmatan baru ini, para pengguna boleh menghantar dan menerima tweet dengan mudah terus melalui telefon bimbit mereka.

Perkara ini juga sekaligus menguntungkan dan membolehkan para pengguna DiGi pada Twitter mengikuti perkembangan semasa Twitter dengan mudah.

Untuk mula menggunakannya, para pengguna hanya perlu menaip START dan hantarkannya kepada 28933, dan ikuti arahan selanjutnya melalui SMS balasan yang diterima. Harga dan caj yang dikenakan adalah tidak diketahui buat masa ini.

Welcome to Twitter, DiGi Malaysia! Customers can now send and receive tweets via SMS. Just send START to 28933 to begin!less than a minute ago via web Favorite Retweet Reply

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd