Cari @ Amanz

Perkhidmatan Gambar Twitter Menggunakan URL Pic.Twitter.com

Oleh Aman

Link Copied!

Setelah mengumumkan perkhidmatan gambar pada Twitter yang mana bakal menggunakan integrasi bersama-sama dengan Photobucket semalam, kini Twitter memperlihatkan tweet pertama menggunakan perkhidmatan tersebut kepada umum. Secara ringkasnya, ianya akan menggunakan nama domain pic.twitter.com.

Ianya diperkatakan yang mana perkhidmatan ini kelak akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna dalam minggu-minggu akan datang. Selain daripada pengumuman perkhidmatan perkongsian gambar rasmi, Twitter juga pada masa yang sama telah memperlihatkan carian Twitter yang diberikan nafas baru, serta plugin khas untuk Firefox, membawakan carian Twitter pada Firefox lebih mudah.


Komen ()