Cari @ Amanz

Melalui jadual pembangunan yang diperlihatkan oleh Mozilla, ianya memperlihatkan yang mana Firefox Mobile 6 kelak akan turut sama membawakan sokongan kepada para pengguna tablet Android, dimana kini mereka sedang dalam proses membangunkan antaramuka khas untuk para pengguna tablet. Sebahagian daripada pembangunan turut sama dikatakan telah disertakan dalam versi pembangunan.

Buat masa ini, tarikh pelancaran Firefox 6 yang pasti masih tidak diketahui, namun dijangka ianya akan dilepaskan dalam masa kurang 6 minggu selepas Firefox 5 dikeluarkan pada pertengahan bulan ini. Melalui jangkamasa pembangunan yang diperlihatkan, ianya menunjukkan mereka menjangkakan untuk menyiapkan antaramuka tablet untuk Firefox Mobile 6 ini sebelum 1 Julai kelak.

Sama-sama kita nantikan perkembangannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd