Najib Bakal Memperkenalkan Dua Aplikasi Baru Bulan Ini

Najib Bakal Memperkenalkan Dua Aplikasi Baru Bulan Ini

Diterbitkan pada June 3, 2011 oleh .

Pada bulan ini, Perdana Menteri kita, Najib Razak bakal memperkenalkan dua perkara baru, iaitu sebuah aplikasi mudah-alih dan juga sebuah aplikasi atas talian yang dinamakan sebagai 1Malaysia RoundTable. Tarikh pelancarannya masih belum diketahui, namun ianya dijangka tidak lama lagi.

Melalui aplikasi tersebut, ianya diperkatakan yang mana akan membolehkan para pengguna mengakses laman blog, Facebook, dan juga Twitter Najib Razak dengan mudah, selain pada masa yang sama berinteraksi dengan perdana menteri dengan mudah, melalui hanya satu aplikasi.

Selain daripada itu, Perdana Menteri juga dijangka akan memperkenalkan sebuah aplikasi berasaskan web yang akan membolehkan para penguna berbincang pelbagai hal-hal negara disamping memberikan cadangan dengan mudah melaluinya.

Mungkin lebih banyak informasi akan diketahui ketika pelancarannya kelak. Sama-sama kita nantikannya.

Saya akan memperkenalkan Meja Bulat 1Malaysia secara online bulan ini.#Roundtableless than a minute ago via web Favorite Retweet Reply


TIPS & ULASAN